Pages

Friday, 8 April 2011

Cerdiknya Pahang. Tahniah!

KUANTAN, 6 April — Kerajaan UMNO-BN tetap dengan pendirian bagi membenarkan Lynas Corporation bakal beroperasi dan kekal di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini melainkan loji pemprosesan RM700 juta itu gagal memenuhi keperluan keselamatan.

Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan (AELB)mengakui tiada satu keperluan keselamatan tetap berhubung aspek radiasi mengenai operasi loji itu yang akan bermula suku ketiga tahun ini.

Bagaimanapun tegas beliau, Lynas bertanggungjawab kepada standard yang ia janjikan. “Jika kadar torium dalam bahan mentah melebihi 0.16 peratus, kami akan menarik balik lesen,” kata beliau kepada 300 orang yang menghadiri dialog semalam. Raja Aziz juga memberitahu pemberita bahawa Lynas harus berpegang kepada 500 ppm torium dalam bahan buangan dan jika tidak akan diminta menutup operasinya. Bagaimanapun katanya, pengajaran dari krisis Bukit Merah di Perak dan asas kes-kes kanser yang dibangkitkan akan diambil kira.

Pertemuan malam tadi dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Negeri Pahang selepas penduduk Kuantan, pertubuhan bukan kerajaan dan wakil rakyat-wakil rakyat membantah operasi loji atas alasan bimbang dengan risiko bahaya radiasi. Kebimbangan itu meningkat selepas krisis loji tenaga nuklear ekoran bencana berganda tsunami dan gempa bumi di Jepun bulan lalu.

Sebelum berbagai pihak telah mengadakan bantahan sehingga protes turut juga diadakan dibangunan parlimen untuk dihantar memorandum kepada PM. Semalam MCA menggesa supaya kerajaan supaya membekukan kerja-kerja pembinaan loji pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) di Kuantan, Pahang, sehingga ia terbukti ia benar-benar selamat pada alam sekitar.

Akhirnya akibat radiasi sisa buangan radioaktif tersebut, kadar kejadian kanser, kelahiran bayi pramatang dan cacat malah kes keguguran bayi meningkat secara mendadak melebihi kadar purata yang direkodkan di peringkat kebangsaan. Penduduk setempat telah menjadi mangsa serta hidup merana. Setelah puas menentang, akhirnya mahkamah membatalkan lesen syarikat terbabit setelah dengan ‘harga’ yang cukup mahal; nyawa dan kesihatan.

Bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan? Adakah akan lebih semarak atau nanti akan juga mengalami impak negatif daripada kekurangan kunjungan pelancong?". Nampaknya kerajaan tetap ingin meneruskan projek tersebut walaupun banyak persoalan yang tidak terjawab. Yang dibicarakan keuntungan dan isu bahaya ini hanya mainan pembangkang.

Bahan mentah kilang tersebut akan dibawa masuk dari kuari milik Lynas di Pergunungan Weld, (Mt Weld), New South Wales sebelum diproses di Gebeng. Manakala keuntungan bagi negeri dan negara dijangka mencecah sehingga RM4.7 billion daripada pelaburan bertempoh 15 tahun yang pertama.

Persoalannya ialah mengapa Lynas sendiri yang sebelum ini beroperasi di negeri Cina telah pun terpaksa beralih tempat untuk memproses rare earth ke negara ini, kenapa mereka terpaksa mencari lokasi baru, keluar dari Negeri Cina, Lynas juga enggan membuat pemprosesan bahan ini di negara mereka sendiri, Australia. Kenapa? Kenapa mereka sanggup membawa bahan tersebut ke Malaysia? Kenapa Malaysia pula menjadi negara yang mahu menerima projek berbentuk begini?. Kenapa Kerajaan Negeri Terengganu telah menolak untuk diadakan projek ini di Telok Kalong Kemaman, Terengganu pada bulan July 2007? Tidak lain melainkan selepas mengkaji isu-isu keselamatan yang membabitkan nyawa manusia serta juga selepas mendapat maklumbalas dari ngo-ngo.

Hakikatnya siapa yang banyak mendapat faedah daripada projek RM700j itu? Siapa yang dapat keuntungan daripada 4billion nanti? Bebaloikah kita dengan keuntungan sebanyak itu demi sebuah pembangunan dengan mencagarkan keselamatan rakyat Negara kita. Apakah ini maknanya slogan rakyat didahulukan?

Tetapi jika berlaku radiasi bakal dilepaskan kilang ini, bukan rakyat Australia yang terkena akibatnya. Rakyat Pahang yang merasa dan generasi akan datang menghadapinya. Sepatutnya cukuplah sekali terkena di Bukit Merah, Perak. Apapun kesannya nanti tak terlepas dari Terengganu yang bersempadan di Gebeng. Selamatkah kita nanti nak makan kepok lekor kat kemaman?

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/2011/04/cerdiknya-pahang-berbanding-perak.html