Pages
▼
Thursday, 27 December 2012
Shell fokus teknologi alam, jimat tenaga
Syarikat minyak dan gas, Shell Malaysia, kini giat memfokuskan terhadap inovasi dan nilai tambah kepada rakan strategik dan pelanggannya, khususnya dalam menghasilkan produk yang bersih kepada alam sekitar dan penggunaan yang efisien.
Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd., Azman Ismail berkata, syarikatnya percaya teknologi minyak dan minyak pelincir kekal sebagai kunci utama penawaran jenama Shell bagi memenuhi kepenggunaan dan keperluan tenaga.
Pihaknya menamakan fokus syarikatnya itu sebagai 'Smarter Mobility'.
Jelas Azman, inisiatif yang mahu dilaksanakan oleh Shell itu akan membantu sektor pengangkutan dan industri untuk menjimatkan penggunaan tenaga serta menjaga kebersihan alam sekitar.
"Produk seperti Shell Diesel dengan formula minyak ekonomi, manakala Shell Fuel Oil Plus merupakan produk yang menghasilkan kesan tenaga yang bersih dan penggunaanya lebih efisien," katanya dalam kenyataan itu.