Pages

Monday, 21 January 2013

Petronas saman Perwaja Steel


Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memfailkan saman terhadap Perwaja Steel Sdn Bhd kerana kegagalan syarikat pengeluar keluli itu menjelaskan bayaran bagi gas yang dibekalkan ke lojinya di Kemaman, Terengganu.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) pada 14 Januari, oleh Tetuan Kadir, Andri & Partners.

Dalam pernyataan tuntutannya, Petronas menuntut RM146.139 juta sehingga 31 Disember 2012, faedah berjumlah RM10.313 juta sehingga 10 Januari tahun ini selain faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

- Bernama