Saluran paip gas Sabah-Sarawak (SSGP) di Bukit Beriwan, milik Petronas, terbakar dalam kejadian awal hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, Mohd Shamlie Radae yang mengetuai operasi menyelamat, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 1.58 pagi.
Beliau bersama lima anggota bergegas ke tempat kejadian dengan dua kenderaan.
"Bomba menghubungi Petronas untuk memaklumkan kejadian itu dan mereka memohon kami untuk membantu mengosongkan kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata sebaik tiba, pihaknya mendapati kawasan itu tiada petempatan atau kampung berhampiran, lantas menutup injap paip itu.
"Bomba terus memantau lokasi kejadian sehingga kebakaran gas tersebut padam kira-kira 3.48 pagi," katanya.
Ketika ditanya mengapa tempoh diambil untuk sampai ke lokasi terlalu lama, Mohd Shamlie berkata bomba terpaksa menempuh laluan sukar, iaitu jalan balak untuk ke lokasi kebakaran.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Lawas, ASP Mutang Nawat ketika dihubungi mengesahkan kejadian namun tidak dapat memberi butiran lanjut.
"Petronas sudah menghantar pasukan teknikal mereka dari Bintulu untuk menyiasat punca kebakaran," katanya.
SSGP yang bernilai RM4.6 bilion mula mengangkut gas dari Kimanis, Sabah ke kompleks gas asli cecair (LNG) di Bintulu, Sarawak pada Januari lalu. – Bernama,