Pages

Thursday, 13 November 2014

Laut bergelora di perairan Terengganu hingga Sabtu

Amaran angin kencang dan ribut bergelora di perairan Terengganu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu Roslina Ngah berkata keadaan itu juga dijangka membawa angin timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam.

"Mengikut bacaan Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 7.30 pagi, semua stesen data taburan hujan di seluruh Terengganu menunjukkan purata hujan yang turun adalah bacaan normal dan tiada amaran banjir dikeluarkan setakat ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun semua jabatan dan agensi di peringkat negeri dan daerah yang terlibat telah diminta untuk bersiap sedia menghadapi banjir.

- Bernama