Pages

Saturday, 6 May 2017

Harga minyak menjunam teruk


Harga minyak mentah menjunam semalam dan menghapuskan sepenuhnya keuntungan yang diperolehi akhir November lalu.

Reuters melaporkan minyak mentah Amerika Syarikat jatuh 5.06 peratus kepada AS$45.40 setong dan Brent berada pada paras AS$48.35, turun 4.8 peratus.

Kejatuhan ini adalah pada paras paling rendah sejak akhir November selepas OPEC dan negara pengeluar lain dijangka tidak akan melaksanakan beberapa langkah lebih drastik untuk mengurangkan lebihan bekalan minyak dunia.

"Walaupun OPEC dijangka meneruskan pengurangan pengeluaran sendiri bagi tempoh enam bulan akan datang, ia akan menjadi cabaran untuk ahli bukan OPEC menjejaki langkah sama.

"Pertumbuhan berterusan pengeluaran minyak AS akan turut menyaksikan kemungkinan lanjutan pengurangan bekalan OPEC melangkaui 2017 untuk tidak berlaku," kata Penganalisis Kanan Tenaga Interfax Energy, Global Gas Analytics, Abhishek Kumar. - Reuters