Kerajaan negeri Johor bakal memuktamadkan rundingan dengan PETRONAS mengenai pengagihan kontrak Pembangunan Integrasi Penapisan dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, dalam masa terdekat.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah peratusan mengenai pengagihan tersebut belum lagi diputuskan tetapi secara prinsipnya syarikat petroleum negara itu telah bersetuju akan pentingnya peluang diberikan kepada kontraktor dan usahawan Bumiputera dan tempatan.
Agih projek
“Kita sedang berunding dengan pihak PETRONAS dan kita menjangkakan mendapat keputusan yang positif dari itu, yang mana dalam soal ini kita sudah lantik Datuk Hasni Mohamad (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pembangunan Luar Bandar) untuk melihat bagaimana untuk mengagihkan projek atau kontrak tersebut bila ia dilaksanakan,” kata beliau kepada media di Johor Bahru, semalam.
Terdahulu, beliau merasmikan Wisma Persatuan Kontraktor Melayu Negeri Johor di sini.
Khaled berkata, keputusan rundingan selewat-lewatnya tahun ini.
Bagi kontraktor Bumiputera negeri ini yang berminat dengan projek Rapid ini, mereka diminta mendaftarkan diri supaya boleh dinilai dari segi kelayakan dalam mendapatkan kontrak itu.
Menurut laporan berita sebelum ini, PETRONAS dijangka membuat keputusan mengenai pelaburan akhir RAPID, akhir bulan ini.
Projek RAPID yang bernilai RM60.6 bilion itu antaranya meliputi pembinaan terminal simpanan minyak, loji penapisan minyak, loji petrokimia dan jeti laut dalam.