Kemalangan membabitkan sebuah lori yang membawa muatan produk nadir bumi milik kilang Lynas di Temerloh baru-baru ini menunjukkan tahap piawaian keselamatan syarikat itu tidak ketat dan membahayakan penduduk setempat.
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack mengulas insiden berkenaan yang menyebabkan beberapa bekas berisi cecair kimia PrND Cloride terjatuh dan pecah sehingga mengakibatkan jalanraya terpaksa ditutup.
Aktivis alam sekitar itu mempertikaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digunakan dalam kerja-kerja mengangkut bahan merbahaya itu.
“Kita melahirkan kebimbangan atas insiden ini, jelas nampaknya Lynas dan pihak berkuasa tidak menitikberatkan keselamatan rakyat apabila bahan kimia yang memberi kesan kepada rakyat boleh dibawa dengan lori begitu sahaja.
“Sebelum ini, Datuk Seri Liow Tiong Lai sendiri berkata kerajaan akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan operasi kilang itu selamat, tapi insiden itu membuktikan tiada pemantauan serius dilakukan,” tegas Wong Tack.
Beliau turut mempersoalkan ketelusan pengurusan Lynas mengisytiharkan jenis bahan kimia yang digunakan dalam operasi mereka.
“Mereka sangat berahsia, kita tidak tahu apa lagi bahan kimia yang digunakan, mungkin ada yang lebih bahaya dari tumpahan tempoh hari, dan bayangkan jika insiden itu sekali lagi berlaku dan melibatkan bahan lebih merbahaya, sudah pastilah keselamatan dan kesihatan rakyat akan terancam,” tegasnya.
Wong Tack turut menyelar penafian yang dikeluarkan pengurus besar perhubungan awam komunikasi Lynas yang mengatakan produk tersebut selamat dan tiada radioaktif.
Katanya, kenyataan itu agak mencurigakan memandangkan kawasan tersebut ditutup dalam tempoh yang panjang bagi kerja-kerja pembersihan dan penutralan.
“Mereka tutup jalan, malah panggil Pasukan Khas Penyelamat dan Bantuan Bencana Malaysia (SMART) yang lengkap dengan pakaian keselamatan mengawal tumpahan merbahaya untuk datang dan bersihkan, dan mereka nafikan produk itu selamat. Itu tidak masuk akal sama sekali,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan pengerusi DAP pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menggesa pihak polis dan jabatan Alam Sekitar mengambil tindakan segera terhadap insiden itu.
Katanya, tindakan lanjut perlu diambil bagi memastikan kesihatan penduduk terjamin berikutan aduan penduduk setempat yang mendakwa mengalami kegatalan di kulit dan badan akibat tumpahan tersebut.
Sumber : http://www.keadilandaily.com/?p=60439