Mubadala Petroleum, anak syarikat dana pelaburan Abu Dhabi mengesahkan penemuan gas di Blok SK320 Pegaga di luar pesisir Malaysia yang disifatkan sebagai memiliki potensi komersial yang besar.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Maurizio La Noce berkata, penemuan ketiga, Sirih-1 juga telah disahkan menerusi program penerokaan penggerudian yang telah menyasarkan puing-puing karbon di dalam Blok SK320.
Ini menambahkan kepada penemuian Pegaga-1 dan Sintok-1 yang diumumkan baru-baru ini, serta penemuan sedia ada M5 oleh Mubadala Petroleum pada 2012.
Telaga Pegaga-2 telah digerudi sedalam 2,685 meter dan disahkan memiliki kolum gas pada kedalaman 850 meter. Uji kaji terhadap zon gas utama mengeluarkan kadar aliran 30-50 juta kubik kaki sehari gas yang berkualiti. Pegaga terletak 109 meter dalam dasar laut.
La Noce berkata, pihaknya begitu gembira dapat mengesahkan penemuan gas termasuk telaga M5, kesemuanya di dalam blok SK320 yang dikendalikan Mubadala.
Katanya, penemuan ini mewakili sumber hidrokarbon yang sangat besar, dengan potensi komersial yang menarik dan pembangunan bersepadu.
"Kami membangunkan pasukan kami dan akan bekerja rapat dengan rakan kongsi, Petronas Carigali dan Shell bagi menilai opsyen-opsyen untuk mengkomersialkan sumber-sumber di dalam blok itu kelak, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mubadala Petroleum dilantik sebagai pengendali Blok SK320 semasa dianugerahkan pada 2010. Pecahan ekuitinya adalah Mubadala Petroleum 55 peratus, Petronas Carigali 25 peratus dan Sarawak Shell Berhad 20 peratus.