Malaysia terus mencatatkan kadar pekerjaan penuh apabila kadar penganggurannya bagi Disember tahun lepas turun kepada 2.9 peratus daripada 3.5 peratus bulan sebelumnya.
Kadar pengangguran itu juga rendah berbanding 3.3 peratus yang dicatatkan pada bulan yang sama pada 2012, kata Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini.
Bilangan penduduk pekerja dan menganggur mencatatkan penurunan 131,400 orang dan 59,600 orang, masing-masing kepada 13.55 juta penduduk bekerja dan 425,000 penganggur, pada Disember tahun lepas.
Jabatan itu berkata, kadar penyertaan tenaga buruh jatuh 1.3 peratus kepada 13,973,800 orang pada Disember tahun lepas daripada 14,164,800 orang dalam bulan sebelumnya. - BERNAMA