Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan anak bekas perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir tersenarai 10 individu terkaya di Malaysia, menurut majalah perniagaan, Malaysian Business.
Dalam satu kenyataan media hari ini, majalah tersebut menyenaraikan dua individu yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut masih kekal dalam senarai 'Top 40 Richest Malaysian 2014'.
Syed Mokhtar berada di tangga keenam, jatuh satu anak tangga dengan jumlah kekayaan mencecah RM11.07 bilion.
"Syed Mokhtar jatuh ke tangga keenam walaupun kekayaannya naik 4.43% berbanding RM10.6 billion tahun lalu," kata Malaysian Business dalam kenyataan media.
Syed Mokhtar merupakan jutawan yang memiliki beberapa pelabuhan melalui MMC Corp Bhd, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.
Beliau juga mempunyai kepentingan dan aset dalam syarikat kejuruteraan MMC Corporation dan Malakoff Berhad, iaitu IPP, syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia.
Selain itu, Syed Mokhtar juga menguasai komoditi gula dan beras.
Mokhzani pula berada di tangga kesembilan dengan jumlah kekayaan RM4.22 billion, naik empat anak tangga berbanding tahun lalu.
"Datuk Mokhzani Mahathir menerusi syarikatnya, Sapura Kencana Petroleum berada pada kedudukan kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 billion.
"Beliau berada pada tangga ke-13 tahun lalu, dengan jumlah kekayaan RM2.63 billion," kata majalah tersebut.
Kenyataan itu berkata, keseluruhan hasil kekayaan 40 individu tersebut meningkat lebih 10% tahun ini, disumbangkan oleh pasaran saham yang baik.
"Jumlah terkumpul keseluruhan bernilai RM217.82 billion setakat 18 Januari 2013, meningkat 11.73% berbanding RM194.86 bilion setahun lalu," kata majalah tersebut dalam edisi bertarikh 16 Februari 2014.
Majalah tersebut menyifatkan peningkatan kekayaan tersebut disumbangkan oleh pasaran saham dan kadar inflasi yang meningkat pada tahun lalu, susulan beberapa pemotongan subsidi oleh kerajaan pusat.
"Keseluruhan peningkatan kekayaan ini disumbang oleh pasaran saham dan kenaikan inflasi, memandangkan kekayaan mereka berasaskan pegangan saham.
"Ia juga bersangkutan dengan prestasi syarikat dan perkembangan ekonomi Malaysia yang positif sejak 12 tahun lalu," katanya.
Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong serta memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM54.48 bilion, naik daripada RM46.1 billion pada tahun lalu.
Beliau disusuli taikun, T Ananda Krishnan, yang memiliki kekayaan bernilai RM33.19 bilion menerusi aset yang dipegangnya dalam Usaha Tegas Sdn Bhd.
Senarai itu juga mencatat dua individu terkaya yang kembali berada dalam senarai 40 orang tersebut.
"Dua individu kembali ke dalam senarai tahun ini. Datuk Tony Tiah daripada TA Enterprise berada di tangga ke-38 dengan aset bernilai RM589.14 juta, manakala Tan Sri Rozali Ismail daripada Puncak Niaga berada di tangga 40 terkaya dengan RM543.74 juta," kata majalah itu.
Senarai penuh 40 taikun dan perincian kekayaan masing-masing disiarkan dalam majalah itu.
Seperti tahun-tahun lalu, kekayaan 40 individu dalam senarai itu dinilai berdasarkan pegangan kepentingan masing-masing dalam syarikat tersenarai.
Malaysian Business diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd. – 19 Februari, 2014.