
Menurut Husam (kiri), beliau terkilan dengan keputusan perpindahan yang dibuat secara pentadbiran dan "tanpa pengetahuan atau persetujuannya, dan tanpa memberikan haknya untuk didengar."
Kerajaan Kelantan juga mendakwa, dalam pengetahuan mereka tiada satu pihak pun yang membuat permohonan pemindahan itu.
"Oleh yang demikian, ia merupakan suatu keputusan yang salah di sisi undang-undang dan hendaklah diperbetulkan," katanya dalam afidavit tersebut.
Dalam samannya sebelum ini, Kelantan mendakwa Petronas melanggar kontrak pembayaran wang tunai yang patut dibayar berhubung pendapatan minyak.

Manakala kerajaan persekutuan pula pada 19 Februari lalu memohon menjadi pencelah dan dinamakan sebagai defendan kedua dalam saman tersebut.
Antara alasan yang dikemukakan, kerajaan Malaysia wajar dijadikan defendan supaya semua perkara yang dipertikaikan boleh diputuskan dan dihakimi dengan berkesan dan selengkapnya.
Permohonan terbaru kerajaan Kelantan hari ini akan didengar pada 22 Mac, serentak dengan keputusan kerajaan persekutuan menjadi pencelah dalam kes itu. - Malaysiakini