Tuesday, 15 November 2011

Petronas Carigali temui minyak di luar pantai Sabah

Cabang eksplorasi dan pengeluaran Petronas, Petronas Carigali Sdn Bhd, telah menemui jumlah minyak yang signifikan di luar pantai Sabah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata, penemuan itu dilakukan di telaga Wakid-1 di dalam Blok 2G-2J, kira-kira 100km di timur laut Kota Kinabalu.

Telaga itu digerudi pada 30 Mei, 2011 dan selesai pada 4 Julai, 2011.

Petronas berkata, ia mencapai ketinggian vertikal 3,330m dan mengesahkan kehadiran minyak yang signifikan dan kewujudan takungan gas.

"Tiga ujian pengeluaran dilaksanakan di tiga takungan berlainan yang mengalirkan minyak pada kadar maksimum disatukan 8,200 tong sehari.

"Anggaran awal semasa hidro karbon di kawasan itu dari penemuan itu ialah 227 juta tong bersamaan minyak (mmboe), dengan jangkaan potensi peningkatan,” kata Petronas.