Monday 11 February 2013

Unit Alam Maritim Menangi Kontrak RM30.15 Juta Daripada Petronas


Anak syarikat milik penuh Alam Maritim Resources Bhd, Alam Maritim (M) Sdn Bhd, telah memenangi kontrak RM30.15 juta dari Petronas Carigali Sdn Bhd.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia Jumaat, Alam Maritim Resources berkata kontrak itu adalah untuk pembekalan dua unit kapal sokongan luar pantai untuk menyokong kempen penggerudian Operasi Semenanjung Malaysia Petronas.

"Kontrak itu adalah untuk tempoh tujuh bulan dengan pilihan pelanjutan tiga bulan lagi," katanya.

Alam Maritim Resources menjangka kontrak itu akan menyumbang positif kepada perolehan dan aset bersih tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2013.

-- BERNAMA

lazada malaysia