Saturday 19 July 2014

Petronas tubuh dana awal bagi MH17, sumbang RM10 juta

Petronas telah menubuhkan dana awal berjumlah RM10 juta untuk membantu kerajaan memberikan sokongan kepada keluarga mereka yang berada dalam penerbangan malang, MH17.

Dalam satu kenyataan, syarikat minyak nasional itu juga menyeru semua syarikat perniagaan, baik di dalam mahupun di luar industri minyak dan gas menggembleng tenaga bagi dana yang diberi nama "Care for MH017" itu.

Pertanyaan berhubung dana itu boleh disalurkan melalui e-mel kepada careforMH017@petronas.com.my

Petronas berkata pengurusan dan kakitangannya amat sedih dengan tragedi itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan mereka yang berada dalam penerbangan itu.

Pesawat MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia terhempas di Ukraine. Ia membawa 298 orang, terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Sebelum ini, hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh.