Saturday 15 August 2015

Untung Petronas susut RM11 bilion


Keuntungan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menyusut sebanyak tiga peratus kepada RM11.1 bilion pada suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015 berbanding tempoh sama suku lalu.

Syarikat petroleum negara itu merekodkan perolehan sebanyak RM61 bilion pada suku dalam kajian, jatuh tujuh peratus berbanding suku pertama 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, penyusutan perolehan dan keuntungan itu disebabkan terutamanya oleh kejatuhan volum dan harga gas asli cecair (LNG).

Bagaimanapun, Petronas bagaimanapun tetap komited untuk membayar dividen sebanyak RM26 bilion kepada kerajaan pada tahun ini. Setakat ini, syarikat tersebut telah membuat bayaran sebanyak RM13 bilion. Wan Zulkiflee menjangkakan harga minyak akan terus berada paras rendah tahun ini disebabkan oleh lebihan bekalan yang kronik.

Minyak mentah Amerika Syarikat jatuh sebanyak 29 sen kepada AS$41.94 manakala Brent jatuh 28 sen kepada AS$48.94 setong.