Saturday, 23 October 2010

Saya ingin tahu, kenapa aset Petronas mula dijual satu per satu?

Oleh : www.Tranungkite.net

Seperti mana yang kita tahu, Petronas adalah anak syarikat milik kerajaan Malaysia yang menjalankan perniagaan yang berasaskan minyak, gas dan petrokimia. Selain dari itu, syarikat ini juga mempunyai cabang perniagaan di bidang perkapalan, hartanah dan lain-lain.

Malang buat rakyat Malaysia, walaupun syarikat ini milik rakyat Malaysia, tetapi ramai yang tidak mengetahui bagaimana kewangan syarikat ini diurus.

Apa yang rakyat tahu, setiap suku tahun dan akhir tahun, Petronas akan membuat pengumuman tentang laporan kewangan mereka sahaja.

Seperti mana yang kita ketahui juga, pengurusan Petronas sudah berubah apabila Presiden & Ketua Pegawai Eksukutif (CEO), Tan Sri Mohd Hassan Marican telah bertukar tangan kepada Datuk Shamsul Azhar Abbas.

Tindakan tidak menyambung kontrak Tan Sri Hassan pada saya lebih kepada tindakan dan tekanan ahli-ahli politik.

Malah, kemasukan Omar Ong ke dalam Lembaga Pengarah Petronas pada saya dilihat sebagai titik mula kemasukan pengaruh politik ke dalam Petronas. Walaupun pada mulanya Lembaga Pengarah Petronas menolak kemasukan Omar Ong, tetapi Perdana Menteri, Dato Seri Najib mempunyi kuasa mutlak untuk melangkaui segala keputusan Lembaga Pengarah Petronas untuk menerima Omar Ong.

Omar Ong juga merupakan bekas pembantu Dato Seri Najib semasa di Kementerian Pertahanan dulu.

Agak mengecewakan setelah perlantikan Datuk Shamsul Azhar menggantikan Tan Sri Hassan, beliau secara sinis menyindir Tan Sri Hassan sebagai one man show sewaktu mengandalikan Petronas dulu. Sedangkan kita tahu betapa besarnya jasa Tan Seri Hassan kepada Petronas dan negara.

Sekarang, Tan Sri Hassan Merican telah menjadi awang import kepada konglomerat Singapura, Sembcorp Industries sebagai Pengarah Bebas sejak Jun tahun ini.

Kini, setelah meneliti beberapa berita dalam dan luar negara, sejak akhir-akhir ini seperti ada trend kepada Petronas untuk menjual aset-aset mereka di luar negara.

Jikalau diperhatikan kepada laporan kewangan tahunan Petronas tahun-tahun sebelum ini, Tan Sri Hassan seperti ingin memperkasakan operasi Petronas di luar negara memandangkan simpanan minyak dan gas dalam negara semakin berkurang.

Setakat ini, aset-aset Petronas di luar negara yang diberitakan akan dijual ialah di Australia, India dan Ethiopia.

Apa sebenarnya yang sudah terjadi? Adakah ada tekanan-tekanan politik keatas Presiden Petronas untuk menjual aset-aset syarikat ini?

Petronas yang seperti kita tahu merupakan syarikat yang menjadi kantung kepada Perbendaharaan negara untuk menampung kebanyakkan perbelanjaan negara.

Mungkin pemimpin negara memerlukan instant cash untuk menampung pelbagai program transformasi ekonomi, bajet dan mini bajet seperti sebelum ini.

Semoga Petronas tidak menjadi seperti MAS yang hanya untung dari penjualan aset, bukan dari keuntungan operasi mereka.