Petronas merancang untuk terus mengekalkan langkah-langkah penjimatan kosnya dan tidak memilih memberhentikan pekerja serta menjual aset bagi mengharungi senario suram dalam sektor minyak dan gas sekarang.
Naib Presiden Kanan Strategi Korporat dan Risikonya Adif Zulkifly berkata sehingga kini Petronas berjaya berjimat sebanyak RM640 juta dengan mengoptimumkan logistik.
"Ini sangat memberangsangkan... ada beberapa inisiatif penjimatan kos lagi yang akan dilaksanakan," katanya semasa sesi ucap tama pada Sidang Kemuncak Asia Tenggara 2015 yang dipengantarakan oleh Kevin Plumberg, Editor Kanan The Economist, penerbitan yang berpangkalan di Britain.








