Friday 6 May 2011

Lynas: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tubuh panel pakar nasihat Malaysia

Agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan membentuk panel bebas bagi menasihat kerajaan Malaysia berhubung potensi risiko yang akan diterima kesan daripada projek loji pemprosesan nadir bumi oleh syarikat perlombongan Australia, Lynas Corporation, kata agensi itu.

Pendirian itu dibuat selepas Malaysia meminta Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna untuk membantu mengesan kesan yang akan diterima penduduk setempat terutamanya membentuk panel bebas bagi mengkaji tahap kesihatan dan keselamatan sekiranya projek itu diteruskan.

Ekoran projek loji pemprosesan nadir bumi itu, ia mendapat bantahan keras daripada aktivis yang mengatakan Malaysia akan menjadi lokasi pembuangan sisa radioaktif selain akan menyebabkan tahap kesihatan terjejas.

“Melalui program kerjasama teknikal IAEA, agensi akan menyokong usaha misi pakar antabangsa untuk mengkaji projek Lynas agar ia mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa dan keperluan yang baik akan memberikan faedah terhadap aspek keselamatan projek Lynas,” katanya dalam satu kenyataan.

“Misi itu dijadualkan bermula pada 29 Mei 2011,” katanya.

Bulan lalu, Lynas berkata Malaysia hanya memerlukan kajian selama satu bulan berhubung kesan radioaktif dan tidak akan menangguhkan pembinaan loji pemprosesan itu.

Bernama sebelum ini melaporkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata satu panel bebas akan ditubuhkan secepat yang mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif, yang berpotensi menyekat bekalan dari China.

Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan.

Lynas Malaysia berkata loji pemprosesan itu menerima bahan mentah dari firma Mount Weld di Barat Australia.

Pemprosesan nadir bumi digunakan untuk mencipta alat berteknologi tinggi termasuk telefon pinta dan kenderaan hidbrid.

Pembeli termasuk dari China, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah bergantung kepada bahan mentah yang mana kini mereka bergantung sehingga 95 peratus bekalan dari China.

Cadangan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng dekat Kuantan akan mejadikan ia sebagai pengeluar terbesar selepas China.

Pegawai syarikat berkenaan berkata keuntungan yang akan diperoleh dari projek loji pemprosesan nadir bumi Malaysia akan mencecah sehingga 22,000 tan, dan ia akan memenuhi keperluan selain China menjelang 2013. - TMI