
"Saya rasa projek Lynas akan diteruskan, kerana sudah ada kontrak. Berapa lama ia bertahan, itu persoalan lain..
"Lynas mungkin berakhit seperti Bukit Merah, kerana orang ramai membantahnya," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di rumahnya di Bukit Merah.
Mengingati pengalamannya mengepalai bantahan terhadap kilang Asian Rare Earth (ARE) di bandar itu, Hew melihat sukar menyeimbangkan kepentingan perniagaan dan kerajaan dengan kehendak awam yang terpaksa mengharungi risikonya.

Panel yang dibentuk penduduk mendapati kilang itu menjejaskan kesihatan orang ramai manakala panel kerajaan dan pengusahanya Mitsubishi Chemical mendapati ia selamat.
Lelaki 68 tahun itu masih amat ragu dengan keputusan kerajaan untuk membentuk panel bebas antarabangsa untuk mengkaji projek Lynas yang disifatkannya bertujuan mententeramkan ketakutan terhadap keracunan radioaktif. - MKini