Monday 24 February 2014

Icon Offshore ke Bursa Malaysia Mei


Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) tempatan dijangka terus rancak apabila Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS) menyasar untuk menyenaraikan aset perniagaan minyak dan gasnya, Icon Offshore Bhd, di Bursa Malaysia pada Mei ini.

Jika semuanya seperti dirancangkan, penyenaraian itu bakal menjadi satu lagi antara tawaran awam permulaan (IPO) utama di Malaysia pada 2014.



Selain, Icon Offshore, dua lagi syarikat berkaitan kerajaan, iaitu Iskandar Waterfront Holdings dan Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd dijangka turut disenaraikan di Bursa Malaysia tahun ini.

Penyelaras global bersama

Bagi merealisasikan penyenaraian perniagaan minyak dan gasnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia mengikut jadual, EKUINAS melantik empat bank pelaburan bagi menguruskan IPO Icon Offshore.

Ketua Pegawai Eksekutif EKUINAS, Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata bank pelaburan yang dilantik itu merangkumi dua firma tempatan dan dua firma antarabangsa.