Monday 24 February 2014

Petronas Dan Perwaja Steel Setuju Selesai Hutang Di Luar Mahkamah

Petronas mencapai persetujuan di luar mahkamah bagi menyelesaikan hutang berjumlah RM275.77 juta yang dipinjam oleh Perwaja Steel Sdn Bhd.

Perwaja Steel akan membayar hutang itu secara ansuran bulanan bermula dari Ogos 2015, kata syarikat gas dan minyak itu dalam satu kenyataan Jumaat.

Perwaja Steel ialah anak syarikat milik penuh Perwaja Holdings Bhd.

Dalam kenyataannya, Petronas berkata pada masa yang sama, mereka bersetuju untuk membekalkan gas kering kepada Perwaja Steel secara bayaran pendahuluan.



"Petronas berkata perjanjian penyelesaian itu merupakan keputusan perniagaan bagi meningkatkan potensi untuk memperoleh semula hutang itu sepenuhnya," katanya. -- BERNAMA