Jepun memberitahu agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini seramai 28 pekerja nuklear menerima sukatan radiasi tinggi ketika mereka berusaha menstabilkan loji nuklear Fukushima Daiichi.
Menurut Agensi Tenaga Atom Antarabang sa (IAEA), daripada 300 orang yang berada di kawasan loji yang rosak akibat gempa bumi dan tsunami sebulan yang lalu, 28 orang menerima lebih 100 millisievert (mSv) radiasi.
Purata biasa sukatan yang diterima pekerja loji tenaga nuklear ialah 50 mSv dalam tempoh lima tahun ini. - Reuters