Tuesday 5 April 2011

Deklarasi Klang bantah pembinaan loji nuklear

Polis mengenakan sekatan jalan untuk menghalang sebuah perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat bagi membantah rancangan kerajaan persekutuan membina loji nuklear RM22 bilion di Pulau Ketam Selangor.

Kekangan polis itu bagaimanapun gagal menghalang ahli parlimen Klang Charles Santiago dan puluhan orang lain untuk berkumpul di sebuah dewan orang ramai bagi meluahkan bantahan mereka terhadap projek loji itu yang mencetuskan keresahan orang ramai.

anti nuclear protest at port klang 030411 banner"Kami, rakyat Malaysia yang hari ini berkumpul di Klang, mendesak kerajaan pusat membatalkan rancangan pembinaan loji nuklear di negeri ini khususnya di Klang. Kami percaya loji nuklear tidak selamat seperti di Fukushima, Jepun dan memberi impak kepada kesihatan rakyat adalah serius," kata Santiago membacakan apa yang dikenali sebagai Deklarasi Klang.

"Kami cadang kerajaan beri fokus kepada tenaga boleh baru untuk tampung keperluan tenaga negara dan kami tak percaya propaganda kerajaan pusat bahawa tenaga nuklear adalah bersih, efisien dan selamat. Dan akhir kami minta kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak membenarkan pembinaan loji di Selangor," katanya yang membaca deklarasi itu di hadapan wakil media.

Sejak awal pagi, kira-kira 100 anggota polis mengadakan kawalan ketat di sekitar jeti Pulau Ketam bagi menghalang tunjuk perasaan itu yang mendapat sokongan pelbagai parti politik dan pertubuhan alam sekitar.

Penganjur kemudian mengambil keputusan untuk mengalihkan majlis ke sebuah dewan orang ramai yang berhampiran.

anti nuclear protest at port klang 030411 copsMenurut Santiago, kerajaan BN hanya akan membazirkan wang rakyat jika meneruskan pembinaan loji nuklear berkenaan.

"Rancangan kerajaan sekarang ialah pada tahun 2021 dan 2022 ialah untuk bina loji nuklear di Malaysia. dan loji itu termasuk dalam program ekonomi kita,

"Kosnya RM 22 billion, tapi ikut masa, mungkin naik ke RM50 bilion," katanya.

Tindakan polis itu menyebabkan ramai pihak dapat menyertai perhimpunan ini untuk meluahkan rasa kesal terhadap projek loji nuklear berkenaan.- MalaysiaKini