Tuesday 25 March 2014

Keuntungan Sebelum Cukai Tahun Kewangan 2014 SapuraKencana Petroleums Naik Kepada RM1.2 Bilion

SapuraKencana Petroleum Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Jan, 2014, naik daripada RM829.8 juta pada tahun sebelumnya.

Pendapatan meningkat kepada RM8.4 bilion daripada RM6.9 bilion pada tahun sebelumnya, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

"Pendapatan dijangka berkembang di masa depan mencerminkan sumbangan tahun penuh perniagaan pelantar sokongan, pendapatan tambahan daripada aset Newfield Malaysia yang diambil alih, arus pendapatan daripada kedua-dua aset yang dikontrak ketika ini serta aset yang akan digunakan dalam pasaran baharu," kata syarikat itu.

Berikutan sokongan nilai perolehan kontrak yang kukuh sebanyak RM25.4 bilion dan pendapatan yang baik, SapuraKencana berkata ia berkedudukan baik untuk meraih faedah daripada perbelanjaan yang dijanjikan dalam sektor huluan. -- BERNAMA

lazada malaysia